7 Sikap Usahawan Yang Berjaya.

7 Sikap Usahawan Yang Berjaya.

7 Sikap Usahawan Yang Berjaya.

Jika ditanya berapa ramai yang ingin menjadi jutawan atau usahawan yang berjaya? Saya pasti, amat pasti ramai yang akan menyahut, SAYA!

Kita boleh lihat disekeliling kita, ramai yang sudah berjaya menjadi usahawan hasil usaha sendiri. Tidak kiralah perniagaan anda besar atau kecil, yang pasti anda sudah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari titik peluh anda sendiri.

Kami ingin berkongsi dengan anda 7 sikap yang perku ada, yang InsyaAllah boleh membantu anda untuk menjadi usahawan berjaya. Jika anda nak lagi ilmu seperti ini, apa kata cuba hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 18-20 November 2016 ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam. Anda boleh layari www.azizanosman.com/imkkuntuk mendaftar atau PM kami sekarang atau hubungi 1 300 88 2424 untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program.

Semoga anda terus bersemangat memburu impian.

1. Tangan yang memberi.

Sekiranya anda sudah berjaya, janganlah pula dilupakan golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, golongan miskin dan gelandangan. Ini kerana, semakin banyak yang anda keluarkan untuk membantu mereka, semakin Allah murahkan rezeki anda. Percayalah, rezeki anda tidak akan pernah habis jika ia digunakan pada jalan kebaikan.

2. Sentiasa bersyukur.
Harta yang anda miliki adalah milik Allah. Dia boleh menarik nikmat kekayaan anda bila sahaja yang dimahukanNya.

Oleh itu, syukurilah nikmat yang diperolehi dengan mengeluarkan zakat, menderma dan membuat amalan kebajikan. Ia bertujuan untuk membersihkan harta anda daripada unsur-unsur yang tidah elok.

3. Berkawan dengan usahawan yang lain.
Seorang usahawan patut berkawan dengan usahawan yang lain.Ini membolehkan anda berkongsi informasi, teknik perniagaan dan mencari idea baru bagi memantapkan perniagaan anda.Ia juga secara tidak langsung dapat meluaskan lagi rangkaian perniagaan ke peringkat yang lebih jauh.
4. Belajar perkara baharu.

Walaupun anda sudah berjaya, anda masih lagi perlu belajar daripada orang disekeliling anda. Ini kerana, setiap sesuatu ilmu tidak akan habis dan anda haruslah sentiasa mencari dan mempelajarinya.

Tambahan lagi bila anda seorang usahawan. Dengan masyarakat yang celik IT, anda perlu mempelajari teknik pemasaran dan perniagaan yang seiring kemajuan teknologi.

5. Berani gagal.

Usahawan yang berjaya tidak takut untuk gagal. Ini kerana kegagalan mengajar anda untuk lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang. Dengan kegagalan, anda akan bangkit untuk menjadi lebih kuat dan berhati-hati dalam membuat keputusan serta kegagalan akan mengajar anda untuk lebih berjaya dan menghargai insan-insan disekeliling anda.

6. Rancang dan buat (plan and do).
Setiap usahawan perlu mempunyai things-to-do dalam diari perniagaan mereka. Anda hendaklah merancang setiap aktiviti bagi memperbaharui teknik jualan, produk yang baru dan teknik pemasaran yang terkini.Tetapi, merancang sahaja tidak mencukupi sekiranya ia tidak dilaksanakan. Apa sahaja yang dirancang hendaklah dilaksakan, barulah ia menampakkan kesan. Jika ia tidak mendatangkan perubahan, anda boleh mencuba cara yang lain.
7. Mencintai apa yang anda lakukan.
Anda mestilah mencintai dan menyukai apa yang anda lakukan. Saya tahu, ramai yang berjinak dengan perniagaan kerana “suka-suka” dan tidak mengambil peduli sangat tentang perniagaan.Bagi anda, keuntungan yang diperolehi setiap bulan sudah mencukupi. Tetapi disebabkan ekonomi yang kurang memuaskan, anda mula berfikir dengan bijak.Anda mula mengambil serius perihal perniagaan dan keuntungan yang diperolehi juga mula meningkat. Dengan itu, anda akan mula mencintai perniagaan anda.
Dipetik dari: http://azizanosman.com/7-sikap-usahawan-yang-berjaya/

No comments.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *